Monday, December 7, 2009

Kenali JBC

BERIADAH BERKHIDMAT BERBAKTI


OBJEKTIF PENUBUHAN: Mewujudkan interaksi yang sihat dan mengamalkan konsep kesepaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa; Mewujudkan masyarakat yang sihat dan harmonis melalui aktiviti beriadah; Mewujud masyarakat yang peka dan menghormati budaya, adat resam dan ideology orang lain; Mendidik masyarakat ke arah pemanduan yang lebih berhemah dan berdisiplin; Membuat kerja-kerja amal disamping menbur bakti terhadap masyarakat dan negara; Menyampaikan mesej kepada masyarakat ke arah pemanduan yang selamat; Menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan.

SYARAT & PERATURAN: Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas; Mempunyai motosikal yang sah dengan kuasa 250 cc dan ke atas; Mempunyai lesen memandu yang sah; Sihat dan waras; dan Warga jajahan Jempol

AKTIVITI: Kembara; Beriadah; Menyampai mesaj ke arah pemanduan berhemah; Mendidik masyarakat ke arah pemanduan yang berdisiplin; Melakukan kerja-kerja amal; dan Khidmat nasihat

No comments: