Monday, December 7, 2009

Kelab Motorsikal Berkuasa Tinggi Jempol
NEGERI SEMBILAN
No. Pendaftaran Kelab: PPS2773/2007
BLOG INI DILANCARKAN SECARA RASMI PADA 10 DISEMBER 2009

Kenali JBC

BERIADAH BERKHIDMAT BERBAKTI


OBJEKTIF PENUBUHAN: Mewujudkan interaksi yang sihat dan mengamalkan konsep kesepaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa; Mewujudkan masyarakat yang sihat dan harmonis melalui aktiviti beriadah; Mewujud masyarakat yang peka dan menghormati budaya, adat resam dan ideology orang lain; Mendidik masyarakat ke arah pemanduan yang lebih berhemah dan berdisiplin; Membuat kerja-kerja amal disamping menbur bakti terhadap masyarakat dan negara; Menyampaikan mesej kepada masyarakat ke arah pemanduan yang selamat; Menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan.

SYARAT & PERATURAN: Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas; Mempunyai motosikal yang sah dengan kuasa 250 cc dan ke atas; Mempunyai lesen memandu yang sah; Sihat dan waras; dan Warga jajahan Jempol

AKTIVITI: Kembara; Beriadah; Menyampai mesaj ke arah pemanduan berhemah; Mendidik masyarakat ke arah pemanduan yang berdisiplin; Melakukan kerja-kerja amal; dan Khidmat nasihat

Struktur Organisasi



Dokumentasi & Foto Aktiviti

JB Bike Meet 26/12/2009 Final Ride


R&R Simpang Renggam: Sarapan pagi

Selepas konvoi motosikal sepanjang hampir 3km membelah Bandaraya Johor Bharu:
Berkumpul di Nusajaya. Deruman hampir 1,500 buah membelah JB

Di Paddock Litar Lumba Pasir Gudang: Menikmati makan tengahari Motosikal RXZ dari Singapore
Pelbagai Superbike
Pelbagai Easy Rider & CustomMemastikan keselamatan peserta konvoi
Oding v5 sedang uji tork kat Litar. Sori din, tak dapat close snap, laju sangatClassic Bike pun join test trek
Gentlemen! Start you engine

Sori Muk, terpaksa tinggalkan kau. Kami dah tunggu 1 jam di Segamat, 45 minit di Gemas. Kol tak dapat-dapat. Sori bro
JBC on the track

Poji Rossi Bahau Mari
zero to 2 hundred

Moto&Sikal ini merupakan milik Cikgu Lan, customizer dari JBC

N9 Mini Bike JAMM Port Dickson
12-13/12/2009

Konvoi ke Majlis perkahwinan Pak Shukor
12/12/2009

Meraikan Kejayaan Negeri Sembilan Memenangi Piala Malaysia 2009
22/10/2009


Bahau-Penang-Bukit Merah 14-15 MARCH 2009 Rain Road & Ride


Ride Bahau-Johor Bharu-Tanjung Piai: Experience the satisfaction of riding 4-5 JULAI 2009

Pelbagai Program JBC & Kenali Jentera-jentera JBC


Johor Charity, Jelajah Negeri Sembilan, Pelancaran Trek Lumba Moto Cross Gua Tempurung & Pelancaran HD Kuala Lumpur 2008-2009


Keahlian


AHLI KEHORMAT

1 YB SAMSUL KAHAR BIN MOHD DELI
2 ABD SUKOR BIN ABD KARIM
3 HISHAMUDDIN BIN MUSTAFA/ KAWASAKI VULCAN 800

TEAM BAHAU


1 NORDIN BIN AHMAD SALIKIN/ KAWASAKI VN500
2 ABDULLAH SANI BIN SAAD/ KAWASAKI ZXR250
3 ZAINOL BIN ISHAK/ YAMAHA VIRAGO535
4 NOR KAMAR BIN NORDIN/ YAMAHA DS650

5 ARIFFIN BIN OSMAN/ KAWASAKI VN500
6 SHAMSUDIN B. MD. SHAH/ KAWASAKI VN500
7 MOHD RASHID BIN SHARIF
8 MOHD FAUZI B. AHMAD/ KAWASAKI ZX6
9 MOHD SHAPRI B. ZULKIFLI/ HONDA SHADOW 600
10 MISNAN B. ABU PARMAN/ KAWASAKI ZZR250

11 RUHAIZAN B. A RAZAK/ SUZUKI GSXR750 K2
12 ZALI B. DRAGON/ KAWASAKI VULCAN 500
13 SARAVANAN/ KAWASAKI ZX10 & TITAN
14 SHAHIRAN/ KAWASAKI ZX2
15 AZIZUL BIN ABDUL AZIZ/ SUZUKI GSXR 1000 K5
16 MOHD BAKRI BIN ABIDIN/ SUZUKI SRAD 600

TEAM SERTING


1 RAHMAT BIN MOHAMMED/ VIRAGO 535 & CBR 1000RR
2 ARIFFIN BIN ATAN/ HONDA CBR600
3 ZAINAL BIN ABDULLAH/ HONDA CBR900
4 MOHAMMAD IDRUS B. SELAMAT/ HONDA CBR900
5 ABD RASHID B. MD SALLEH/ HONDA VFR
6 NOORAMIZIAN B. OTHMAN/ KAWASAKI VULCAN 800
7 ZABRI B. ZAINAL ABIDIN/ HONDA CBR 954
8 AZHAR BIN HJ MOHAMMAD/ YAMAHA VIRAGO535
9 ZAMAN KAMARUZAMAN/ HONDA CBR 954

10 MOHD HAIDIL B MOHAMAD/ KAWASAKI ZX2
11 NORHIZAM BIN ZAINUDDIN/ KAWASAKI ZX2
12 WAHID BIN ABDUL/ HARLEY & DAVIDSON HERITAGE
13 SHAHRIZAN/ YAMAHA R1
14 MOHD OMAR B. MOHAMAD MOKTHAR
15 MOHAMAD SALIM

TEAM ROMPIN


1 ABDUL WAHAB BIN MD SALLEH/ HONDA CBR 1000 REPSOL
2 MOHD ISA BIN JAMAL/ YAMAHA VIRAGO535
3 ZAILANI B. ZAKARIA/ YAMAHA VIRAGO 535
4 ROZELAN B. BAKA/ YAMAHA VIRAGO 535
5 KAMARIDDIN B. SALLEH/ KAWASAKI VN500
6 ZAINAL B. MOHAMMAD
7 ROSMAN BIN NAIM

TEAM PALONG

1 SABARI BIN ZAID/YAMAHA VIRAGO750
2 MOHD SARIF BIN MANSOR/ HONDA CBR900
3 KESAVAN A/L KANAPPAN/ KAWASAKI VN500
4 RAHIMI BIN IBRAHIM/ KAWASAKI ZZR1100
5 MUHAMAD NIZAM BIN ABDULLAH/ YAMAHA VIRAGO535
6 AZMAN BIN JAMAL/ KAWASAKI ZXR250
8 FARIS B. MUSA
9 MOHD NOOR B. WAHID


TEAM BATU KIKIR/ JUASSEH

1 JAMALUDDIN B. YAZID/ YAMAHA DS650

2 RAHMAN/ KAWASAKI 1000
3 YUSRI B. MOHD SHARIF/ HONDA CBR 600

4 ISMAIL B. SUDIN
5 AZMI MURAD BIN SAMSUDDIN/ KAWASAKI ZZR250

6 NURUL AZAM BIN ATAN/ KAWASAKI ZXR250
7 MOHD AIZAT/ KAWASAKI GPZ600

TEAM SEREMBAN

1 MOHD NOR BIN AHMAD/ KAWASAKI VOYAGER
2 ABDUL SUKOR BIN ABDUL KARIM/ KAWASAKI VOVAGER
3 HJ HAMID BIN AHMAD/ KAWASAKI 750
4 YUSOFF B. SHAARI/ SUZUKI GSXR 1100
5 WAN GHAZALI B. WAN JAAFAR
6 ABDULLAH BIN AHMAD

7 SHAWAL BIN SHARIF
8 RUSMI B. ABD RAHMAN





Seri kandi JBC

Friday, December 4, 2009

Menarik

fRusT..iSk...MeNterI KewAnGan tAk bAgI PaKai v9..


RoDa KeHiDuPaN

rIdE WiTh NaTuRe


KeTeNaNgAn MeLaLuI dErUmAn & DeNtUmAn

Perlembagaan

PERLEMBAGAANJEMPOL BIKERS CLUB(KELAB MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI JEMPOL)FASAL 1. NAMAKelab ini dikenali sebagai Jempol Bikers Club atau ringkasnya Jempol Bikers atau JBC di dalam Perlembagaan ini.FASAL 2. ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN 2.1 Alamat BerdaftarAlamat berdaftar Jempol Bikers Club ialah di D/A Nordin Bin Ahmad Salikin, (Setiausaha), 5382, Jalan Puteri 23, Taman Desa Puteri, 72100 Bahau, Negeri Sembilan Darul Khusus.2.2 Alamat UrusanAlamat urusan Jempol Bikers Club D/A Nordin Bin Ahmad Salikin, (Setiausaha), 5382, Jalan Puteri 23, Taman Desa Puteri, 72100 Bahau, Negeri Sembilan Darul Khusus.2.3 Alamat berdaftar dan alamat urusan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.FASAL 3. DEFINISI3.1. KELAB ini ialah Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Jempol atau nama khasnya Jempol Bikers Club atau ringkasnya Jempol Bikers atau JBC. Kelab ini lebih menjurus kepada kelab rekreasi.3.2. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna mesyuarat yang wajib diadakan oleh Kelab ini pada tiap-tiap tahun seperti yang disebutkan dalam fasal 12 Perlembagaan ini.3.3. JAWATANKUASA INDUK bermakna Jawatankuasa Induk bagi Kelab seperti yang disebutkan dalam fasal 15 Perlembagaan ini.3.4. JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut fasal 17.3.5. PEJABAT bermakna alamat urusan Kelab seperti yang ditetapkan dalam fasal 2 Perlembagaan ini.3.6. AHLI KELAB bermakna ahli seperti yang disebutkan dalam fasal 6 Perlembagaan ini.3.7. PESURUHJAYA bermakna Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah seksyen 10 Akta Pembangunan Sukan 1997. FASAL 4. OBJEKTIF DAN MATLAMAT4.1 Untuk menggalakkan dan membangunkan sukan motosikal berkuasa tinggi di peringkat Kelab. 4.2 Untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dan harmonis melalui aktiviti beriadah.4.3 Mendidik masyarakat ke arah pemanduaan yang lebih berdisiplin dan berhemah.4.4 Mengekalkan hubungan dan kedudukan yang baik dengan semua badan pengelola dan pengawalseliaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan bagi sukan motosikal berkuasa tinggi.4.5 Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal-usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota.4.6 Untuk memastikan prosedur pemilihan bagi ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili Kelab dalam sukan motosikal berkuasa tinggi adalah terbuka dan adil.4.7 Menjalankan sebarang kegiatan amal, khidmat nasihat atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Kelab, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara.4.8 Semua wang keuntungan yang didapati oleh Kelab daripada penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Kelab ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Kelab ini. Kelab juga boleh menubuhkan Badan Perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan dalam Tabung Kewangan Kelab.FASAL 5. LOGO/LAMBANG5.1 Logo/lambang kelab ini adalah seperti tertera di paparan blog5.2 Makna logoFASAL 6. KEAHLIANKeahlian Kelab ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan terbahagi kepada tiga (3) kategori seperti berikut :-6.1 Ahli biasaIndividu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan telah diterima keahliannya oleh Jawatankuasa Induk Kelab dan boleh mengundi serta diundi.6.2 Ahli KehormatIndividu-individu yang pernah berjasa kepada kelab atau individu-individu yang boleh memberi sumbangan kepada kelab yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Kelab tetapi tidak boleh mengundi dan diundi.6.3 Ahli RemajaIndividu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke bawah mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu/bapa/penjaga serta diluluskan oleh Jawatankuasa Induk.FASAL 7. YURAN KEAHLIAN7.1 Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada Kelab seperti berikut :-Bil.Jenis AhliYuran PendaftaranYuran tahunan1.Ahli BiasaRM 15.00RM 60.002.Ahli KehormatRM 0RM 03.Ahli RemajaRM 10.00RM 60.007.2 Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari tiap-tiap tahun atau secara ansuran bulanan sebanyak RM 5.00 kepada Bendahari. 7.3 Sekiranya yuran tahunan tidak dijelaskan dalam tempoh sepuluh (10) bulan tanpa alasan yang munasabah, Jawatankuasa Induk berhak membatalkan keahlian ahli yang berkenaan.7.4 Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran tahunan dan penalti sebanyak RM 10.00. Permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.FASAL 8. PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLISemua permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang dan dikemukakan kepada Setiausaha. Jawatankuasa Induk boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan tanpa sebarang alasan.FASAL 9. KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI9.1. Tiap-tiap ahli Kelab dibenarkan menyertai dalam segala kegiatan atau aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab ini.9.2 Setiap ahli Kelab berhak menukar jentera mereka tanpa had asalkan 250cc dan ke atas walaupun jenama dan cc telah tertulis dalam pendaftaran kelab.9.3 Setiap ahli berhak menerima dengan percuma satu salinan perlembagaan kelab sekali sahaja semasa pendaftaran.FASAL 10. HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN10.1 Ahli BiasaSemua Ahli Biasa yang membayar yuran tahunan sebelum 1 Februari tahun tersebut adalah berhak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan boleh mengundi dan diundi dalam mesyuarat tersebut.10.2 Ahli KehormatSemua ahli kehormat boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan tetapi tidak boleh mengundi dan diundi dalam mesyuarat tersebut.10.3 Ahli RemajaSemua Ahli Remaja yang membayar yuran tahunan sebelum 1 Februari tahun tersebut adalah berhak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan tetapi tidak boleh mengundi dan diundi dalam mesyuarat tersebut.FASAL 11. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI11.1 Mana-mana ahli Kelab yang membuat permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan oleh Jawatankuasa Induk adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli Kelab.11.2 Mana-mana ahli yang didapati tidak menjelaskan yuran dalam tempoh sepuluh (10) bulan tanpa alasan yang munasabah atau ‘hilang’ tiada khabar berita, Jawatankuasa Induk berhak membatalkan keahlian ahli yang berkenaan.11.3 Setiap ahli Kelab yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan jenayah yang bertentangan dengan Perlembagaan Kelab bolehlah dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh masa sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Induk. Sebelum tindakan sedemikian diambil, ahli itu hendaklah diberikan surat tunjuk sebab. Ahli berkenaan hendaklah diberi peluang untuk membela diri. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk. Ahli yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Induk dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Induk. Jawatankuasa Induk mempunyai kuasa samada untuk menerima, menolak atau membuat apa-apa keputusan yang lain berhubung dengan rayuan tersebut dan keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamad.FASAL 12. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN12.1 Mesyuarat Agung Tahunan adalah badan yang tertinggi dan menyeluruh bagi Kelab ini berdasarkan kepada objektif dan matlamatnya.12.2 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari tarikh 31 Mac tiap-tiap tahun pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk. Sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari notis, hendaklah diberikan secara bertulis oleh Setiausaha kepada semua ahli Kelab. Notis itu hendaklah disertakan dengan agenda mesyuarat bersama-sama dengan semua salinan dokumen yang dinyatakan dalam agenda tersebut.12.3 Korum Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihadiri oleh tidak kurang satu pertiga (1/3) daripada bilangan keahlian yang layak mengundi. Sekiranya Korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam dari masa yang ditetapkan, maka mesyuarat itu hendaklah ditunda kepada tarikh baru dalam tempoh tiga puluh (30) hari. Sekiranya Korum masih lagi tidak mencukupi pada tarikh baru mesyuarat itu, maka ahli-ahli yang hadir bolehlah meneruskan mesyuarat seperti yang telah ditetapkan.12.4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada semua ahli dan Pesuruhjaya Sukan salinan Penyata Tahunan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah selesai mesyuarat itu.FASAL 13. TUGAS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN13.1 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNANMesyuarat Agung Tahunan mestilah mengandungi antara lain agenda-agenda berikut :-i. menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas;ii. menerima dan meluluskan Laporan Jawatankuasa berkenaan kegiatan Kelab dalam sepanjang tahun yang lalu;iii. menerima dan meluluskan laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;iv. menguruskan hal-hal lain yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ; danv. memilih Jawatankuasa Induk yang baru mengikut fasal 15.1 Perlembagaan ini dan melantik dua (2) orang juruaudit mengikut fasal 21.1 Perlembagaan ini setiap dua (2) tahun sekali.FASAL 14. MESYUARAT AGUNG KHAS14.1 Mesyuarat Agung Khas bagi Kelab ini boleh diadakan:i. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Induk atau dengan kehendak Pengerusi ; atauii. atas permintaan secara bertulis oleh tidak kurang daripada separuh (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya.14.2Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat.14.3 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.14.4 Korum Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika Korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat itu, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan, dan sekurang-kurangnya enam (6) bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.14.5 Tidak boleh diadakan pemilihan dalam Mesyuarat Agung Khas.FASAL 15. JAWATANKUASA INDUK 15.1 Jawatankuasa Induk Kelab terdiri daripada :-15.1.1 seorang (1 ) Pengerusi;15.1.2 seorang (1) Timbalan Pengerusi;15.1.3 satu (1) orang Naib Pengerusi; dan15.1.4 Enam (6) orang Ahli Jawatankuasa15.2 Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah dilantik oleh Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa Induk dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk selepas Mesyuarat Agung Tahunan tetapi ketiga-tiga mereka tidak mempunyai hak mengundi dan diundi.15.3 Penaung dan Penasihat adalah dengan persetujuan ahli dan Jawatankuasa semasa mesyuarat Agung Pertama. Walau bagaimanapun Penaung atau Penasihat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi dan membuat keputusan bagi pihak Kelab15.4 Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah :-i. berumur lapan belas (18) tahun ke atas;ii. bukan seorang yang muflis;iii. tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh mana-mana badan / organisasi dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu;iv. tidak disabitkan kesalahan jenayah dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu; danv. sempurna akal.15.5 Mana-mana pemegang jawatan yang didakwa di Mahkamah atas pertuduhan jenayah hendaklah meletakkan jawatannya serta- merta.15.6 Sekiranya terdapat kekosongan jawatan disebabkan penjawat Jawatan telah melepaskan jawatan ataupun telah meninggal dunia, maka calon yang mendapat undi kedua terbanyak di dalam mesyuarat pemilihan yang lepas adalah dengan tersendiri layak untuk memegang jawatan tersebut serta dipersetujui oleh kelab. Jika calon yang demikian tidak ada, ataupun menolak tawaran jawatan tersebut, maka pemilihan bagi mengisi jawatan tersebut perlu dibawa ke dalam mesyuarat agung yang akan datang.FASAL 16. TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK16.1. Melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa.16.2. Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas.16.3. Mengurus dan mentadbir Kelab dan menjalankan program-program Kelab.16.4. Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang diluluskan.16.5. Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk di bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas.16.6. Menimbang rayuan keputusan Jawatankuasa (berkaitan disiplin) bagi ahli-ahli Kelab.16.7. Membuat lantikan dan pemecatan kakitangan pengurusan yang bergaji.16.8 Menimbang permohonan menjadi ahli Kelab.FASAL 17. JAWATANKUASA-JAWATANKUASA17.1 Jawatankuasa Kewangan17.2 Jawatankuasa Pembangunan17.3 Jawatankuasa Teknikal17.4 Jawatankuasa Pemilihan17.5 Jawatankuasa Pertandingan, dan17.6 Jawatankuasa TatatertibFASAL 18. TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK18.1. PengerusiPengerusi dalam masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Induk dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat serta disiplin ahli-ahlinya.18.2 Timbalan PengerusiTimbalan Pengerusi hendaklah membantu Pengerusi melaksanakan tanggungjawab menguruskan pentadbiran Kelab. Dia hendaklah memangku dan melaksanakan tanggungjawab Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.18.3. Naib PengerusiNaib Pengerusi hendaklah membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam menguruskan pentadbiran Kelab. Semasa ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi yang kanan hendaklah memangku jawatan tersebut.18.4 SetiausahaSetiausaha bertanggungjawab dalam segala urusan pentadbiran Kelab mengikut Perlembagaan dan arahan-arahan Jawatankuasa Induk. Beliau juga bertanggungjawab mengenai urusan surat-menyurat dan menyimpan buku daftar ahli yang sah. Dia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah di dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan menghantar penyata-penyata tahunan serta dokumen-dokumen yang perlu kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.18.5 Penolong SetiausahaPenolong Setiausaha bertanggungjawab dalam segala urusan membantu setiausaha dalam pentadbiran Kelab mengikut Perlembagaan dan arahan-arahan Jawatankuasa Induk. Beliau juga bertanggungjawab mengenai urusan surat-menyurat dan menyimpan buku daftar ahli yang sah. Dia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat dengan arahan pengerusi (Jika ketiadaan Setiausaha). Penolong setiausaha hendaklah membantu setiausaha di dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan menghantar penyata-penyata tahunan serta dokumen-dokumen yang perlu kepada Pesuruhjaya Sukan/Reakreasi Malaysia sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.18.6 BendahariBendahari hendaklah membuat kutipan yuran pendaftaran dan keahlian, menyimpan semua rekod dan buku kira-kira. Beliau juga bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan butiran di dalam semua rekod dan buku kira-kira.18.7 Ahli JawatankuasaAhli Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan Jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah fasal 17 dan menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Pengerusi.18.7.1 Tugas Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasai. Jawatankuasa KewanganPengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk mencari sumber pendapatan kelab seperti penajaan, bantuan dari kerajaan, derma dan cara-cara lain yang sah dari segi undang-undang Kelab dan undang-undang negara.ii. Jawatankuasa PembangunanPengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan melantik ahli jawatamkuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk menganjurkan program-program pembangunan dan latihan serta termasuk pembangunan pegawai dan jurulatih.iii. Jawatankuasa TeknikalPengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah menyemak, menyelaras danmenguatkuasakan kaedah-kaedah dan peaturan-peraturan sukan.iv. Jawatankuasa PemilihanPengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan dan melantik semua jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk mengenalpasti peserta atau keahlian untuk diperakukan kepada Jawatankuasa Induk bagi mewakili Kelab untuk sukan, kembara dan pameran motosikal berkuasa tinggi dalam mana-mana pertandingan.vi. Jawatankuasa PertandinganPengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan dan melantik ahli jawatankuasanya.Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mengelolakan pertandingan –pertandingan di peringkap kelab.vii. Jawatankuasa TatatertibPengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk memutuskan kes-kes berhubung salahlaku ahli dan menjatuhkan hukuman terhadap ahli berkenaan.FASAL 19. MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK19.1 Jawatankuasa Induk hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam masa tiga (3) bulan. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tujuh (7) hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang Ahli Jawatankuasa Induk boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada bila-bila masa.19.2 Sekurang-kurangnya lima (5) orang daripada Ahli Jawatankuasa Induk hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan Korum mesyuarat.FASAL 20. KEWANGAN20.1 Sumber kewangan Kelab boleh diperolehi melalui:-i. yuran pendaftaran dan yuran tahunan ahli;ii. derma dan tajaan;iii. bantuan dari kerajaan atau badan-badan berkanun;iv. hasil-hasil perniagaan Kelab; danv. sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang negara.20.2. Pendapatan Kelab yang diperolehi hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai objektif dan matlamat Kelab dan ahli-ahlinya seperti yang disebut dalam Perlembagaan ini.20.3. Semua cek Kelab hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Pengerusi atau Setiausaha .20.4. Perbelanjaan yang kurang daripada RM1000.00 bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Bendahari bersama Pengerusi atau Setiausaha.20.5 Perbelanjaan yang lebih daripada RM1000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk.20.6. Bendahari boleh menyimpan wang runcit tunai tidak melebihi daripada RM 500.00 dalam sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun kelab.20.7. Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan berserta Lembaran Imbangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit mengikut Perlembagaan dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli Kelab.20.8. Tahun kewangan Kelab ini ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember pada tiap-tiap tahun.FASAL 21. JURUAUDIT21.1 Dua (2) orang yang bukan menjadi Ahli Jawatankuasa Induk boleh dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula. Tugas Juruaudit ialah membuat pemeriksaan terhadap penyata kewangan Kelab dan membuat laporan dan pengesahan penyata-penyata yang berkaitan dengan kewangan.21.2 Mesyuarat Agung Tahunan boleh juga melantik Firma Audit yang bertauliah bagi menjalankan kerja-kerja auditan Kelab sekiranya perlu.FASAL 22. TAFSIRAN UNDANG-UNDANGJawatankuasa Induk boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini. Jawatankuasa Induk boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini sekiranya mustahak.FASAL 23. PERTIKAIAN DALAMANAdalah menjadi tugas Jawatankuasa Induk untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian yang timbul di kalangan ahli-ahli Kelab mengikut prosedur atau peraturan atau kaedah dalaman Kelab.FASAL 24. PENAUNG/PENASIHAT24.1. Jawatankuasa Induk boleh mencadangkan namun mesti mendapat persetujuan ahli dalam melantik orang-orang yang layak menjadi penaung atau penasihat bagi Kelab ini sebagaimana dalam fasal 15.3 perlembagaan ini,24.2. Penaung atau Penasihat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi dan membuat keputusan bagi pihak Kelab.FASAL 25. PINDAAN PERLEMBAGAAN25.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.25.2 Permohonan untuk perubahan-perubahan atau pindaan kepada Perlembagaan hendaklah dibuat kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan mesyuarat yang memutuskan perihal perubahan atau pindaan tersebut. Perubahan atau pindaan kepada Perlembagaan ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.FASAL 26. LARANGAN26.1 Ahli kelab adalah dilarang sama sekali melakukan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia.26.2 Kelab tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan ke dalam Ordinan Kesatuan Sekerja 1959.26.3 Kelab ini tidak boleh menjalankan aktiviti perjudian, loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli Kelab atau tidak, atas nama Kelab atau pemegang-pemegang jawatan tanpa kelulusan daripada Mesyuarat Agung Tahunan dan pihak berkuasa.26.4 Ahli juga ditegah daripada melakukan kesalahan mengikut akta polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan.FASAL 27. PEMBUBARAN27.1 Kelab ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat Agung Khas dengan keputusan majoriti oleh dua pertiga (2/3) daripada ahli Kelab.27.2 Sekiranya Kelab ini hendak dibubarkan secara yang disebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang atau harta benda (aset) yang tinggal hendaklah diserahkan kepada Pemegang Amanah Raya Malaysia.27.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia di dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu.Disahkan betul :-MOHD NOR BIN AHMAD, Pengerusi 1999/2008NORDIN BIN AHMAD SALIKIN, Setiausaha 1999/2010

Catatan Perjalanan

................